Wednesday, March 30, 2011

Itukah Cinta MOnyet (MOnkey Love)

Tahun 2002 (aku di tingkatan 2) :

seperti biasa... mama suka minum petang, menunya air teh pekat dengan kuih jemput-jemput.. jadi petang tu aku akan bancuhkan air teh untuk mama....dan kebiasaannya aku akan buat latihan sekolah sambil berborak dengan mama.. dan pada suatu petang.....

aku : ma.....tadi waktu kt sekolah, ustazah ada ckap psal cinta monyet.... ma, cinta monyet tu ape??

mama : cinta monyet?? hmmm alah monyet yang duk gayut kat atas pokok.. pastu diorg bercinta.. tu la cinta monyet!!!!! (mama ketawa)

aku tergamam tengok mama... mama selalunya tak pernah ketawa macam tu.. seronok betul mama hari ni... mungkin mama ketawa sebab nama cinta tu kot.....aku pun ikut ketawa bersama (walau tak tahu apa yang lawaknya).....huhu

seminggu kemudian, aku terdengar lagi perkataan cinta monyet keluar drp mulut seorg kwn sekolah... aku ketawa... mereka pun ketawa.. kmudian terdiam.. mereka tanyakan aku kenapa ketawa.. aku menjawab "mak aku ckp cinta monyet tu.. cinta antara monyet yang duk bergayut kat atas pokok tu..........haish kesian sungguh pd mreka2 yg bercinta diumpamakan sbg monyet.. apela pasalnya....(ketawa)"

kemudian selepas rehat kami masuk ke kelas.... akulah salah seorang pelajar yang paling excited untuk masuk ke kelas pada hari itu sebab aku suka sangat dengan pengajaran ustazah nazifah.. dia suka bercerita dan banyak sangat perkara baru yang diajar....... kelas pada hari tu... topik : sirah nabi.... selepas 10 minit sesi pembelajaran... tiba-tiba aku termengelamun.. tak tahu kenapa perkataan cinta monyet tu terbayang-bayang di dalam kepala..... dan dalam aku tidak sedar ustazah bertanyakan pada aku soalan.... tapi aku berdiam diri tanpa memberi sebarang respon..... Lismawati sahabat karibku menepuk bahuku dan... nik!! nik!! ustazah tanya tu... nik!!!............ haaaaa apa lagi mulalah aku menggelabah membelek segala buku yang ada di atas meja termasuklah buku lismawati... tapi aku tak dapat juga mencari jawapannya.. knapa ya??? baru aku perasan dan terfikir... "macam mana aku nak jawab sedangkan soalan pun aku tak tahu"... aduuiiihh malunyaaaaaa ngan ustazah.............huhuhu ustazah terus cakap... "nik!! jumpa saya lepas abis sekolah..."............ haaa ambik kau nak menjawab apa dengan ustazah!!!!

di bilik guru :
adushhh!! malunya rasa nak masuk bilik guru.. tak tahu nak bagi alasan apa kt ustazah... sedang aku mngendap-ngendap di pintu bilik guru.. ustazah datang dari belakang dan menepuk bahuku... 'haaaa.. nik!! knpa mengendap2 tu masuk la... malu2 plak dia.. haishhh... meh duduk kat sini.....' aku pun dengan malu-malunya duduk la kat kerusi depan partition ustazah....dan dalam keadaan takut2..... 'ustazah.. saya nakkk!!!' tak sempat habis aku cakap.. ustazah trus sambung....'haaa mmg saya nak bagi pun!!!'.......aku tertanya.. 'haaaa.. nak bagi??.. ustazah saya tak berniat pun untuk diamkan diri tadi,,, tapi saya tak perasan ustazah.....emmmm' dan seperti kebiasaannya belum sempat lagi aku cakap ustazah terus sambung... 'apa yang awk tak berniatnya.. ni saya nak bagi surah untuk awak hafal.. nah!!! catat apa yang saya cakap ni.. okey!! hafal surah Al-Mulk.... nanti awk kena masuk pertandingan hafazan!!!... terpinga-pinga aku memandang wajah ustazah.... "taaa... piiii... us.. ssa...yaa..." muka aku merah tak terkira.. dengan cat nippon paint pun kalah....ustazah tak tahu plak aku ni fobia dengan pertandingan sejak kalah nasyid waktu tingkatan satu....huhuhu..... "okey nik!! saya kena pergi mesyuarat ni nanti jangan lupa hafal surah tu ya....."

hari itu aku balik ke rumah dengan wajah tak berapa nak ceria.. macam biasa mama akan sentiasa bersama dengan senduknya.. walaupun menu yang sama sahaja iaitu 'ikan singgang' tapi tetap sedap... mungkin sebab air tangan ibu kot!!..... dan soalan yang selalu trkeluar dari mulutku setelah balik sekolah dan sentiasa akan membuatkan mama hangin dengan aku adalah.. 'aikk awal ma balik hari ni??" walaupun padahal aku tahu setiap hari mama habis mengajar jam 11 pagi.... dan seperti biasa mama akan membalas "(versi kelantan) aku kookk nge senduk ni ke, gi mandi-mandi semaye nuh dokkkk!!!" dan aku plak saja bertanya lagi... "ehh da masuk waktu ke ma??" dan mama menjawab..."ni buke nok masuk doh... ni nok tubek doh anokk weiiii.......then (leteran yg panjang).......hehehehe.. tapi aku suka dengar dan aku rindukan leteran itu...

petang tu sebelum minum petang mama akan bercakap dengan pokok-pokok yang ditanamnya.. aku respect dengan mama sbb walaupun rumah kami rumah flat @ apartment tapi mama boleh tanam pokok bunga dalam rumah termasuklah dalam bilik aku....banyak juga pokok-pokok yang mama tanam... sampai atas meja study aku pun ada..huhu mama kata bagus untuk menghirup udara yang segar dan tenang untuk belajar..... yang peliknya pokok-pokok tu tumbuh dengan segar..... semua jenis pokok ada... pernah juga aku bertanya, kenapa mama suka bercakap dengan pokok....kemudian mama menjawab pokok ni hidup dan ianya mungkin faham apa yang kita cakap... kalau manusia pun kita kena pujuk dan bercakap baik-baik samalah dengan pokok, kita perlu belai dan bercakap dengannya...huhu ohh begitu!!!! dan aku biasalah akan jadi lebih blure la....huhu xpe la.. tinggalkan kisah pokok itu....

petang tu aku tak buat latihan tapi aku landing kat atas peha mama dan ceritakan apa yang berlaku di sekolah waktu sesi pembelajaran ustazah nazifah... dan apa yang terjadi di bilik guru lepas sekolah... kemudian mama bertanya.... "macam mana bole jadi macam tu.. ma tak suka anak ma main-main time belajar.....(dan disambung dengan leteran)" hmmmm kan padan muka aku kena bebel lagi,..heheheee aku pun bertanya mama... "ma, (panggilan manjaku) masih confius lagi la... perkataan cinta monyet tu.... macam mana monyet boleh bercinta plakk???... dah seminggu (panggilan manjaku) fikir pasal perkataan tu...................." ..Mama dengan tenang menjawab... 
"(panggilan manjaku), ma nak tanya, masuk periksa tak soalan tu??"  aku menjawab  "...emmm rasanya tak masuk..." 

dan mama menjawab lagi "sesungguhnya orang yang bodoh itu adalah orang yang membincangkan sesuatu yang tidak penting, maka sesungguhnya orang yang bijak adalah orang yang membincangkan mengenai masa depan dan idea yang lebih berguna pada kehidupan...... dan jika seseorang itu terlibat dalam cinta kemungkinan besar sukar untuk dia menghafal Al-Qur'an...." sambil tersenyum memandang wajahku.....

hehehe tahniah diucapkan.... aku pun masuk ke bilik dan keluar membawa Al-Qur'an dan terus membacanya depan mama......

----------------------------------------

Aku tak faham, kenapa kawan-kawan sekeliling sibuk bercerita tentang cinta..... hari yang sama,, hari rabu merupakan hari kegemaran ku pada tahun itu (tingkatan dua).... sebabnya ustazah Nazifah akan mengajar... dan hari tu dengan kuasa Allah swt terhapus segala persoalan dalam fikiranku mengenai cinta monyet....  Dan topik pada hari itu adalah mengenai adab, dan ustazah selitkan kisah cinta yang melekakan antara remaja  yang akhirnya membawa ke lembah penzinaan.... dan ustazah memberi penerangan mengenai gejala cinta yang merosakkan akhlak segelintir remaja sekolah menengah... kemudian.....

ustazah nazifah : sebenarnya, kamu boleh bercinta... tapi kamu kena yakin dan pastikan yang kamu sudah bercinta dengan Allah swt terlebih dahulu... macam mana cara kamu bercinta dengan Allah swt???? 

kelas : solat ustazah....

ustazah nazifah : pandai!!! cukup solat tak????

kelas : smua tunduk diammm!!!

ustzah nazifah : cukup iman x???

kelas : (diammm...)

ustazah nazifah : jika kamu cukup smua tu ustazah gerenti kamu akan nikmati cinta yang lebih indah.... smua kena ingat.... sekarang bukan masanya lagi untuk kamu bercinta sesama manusia tetapi sebenarnya pada umur kamu sekarang ni, kamu sudah boleh berdoa pada Allah swt agar dikurniakan jodoh yang soleh dan solehah..... nikk!! kamu faham????

aku : ( memandang ustazah.. muka merah padam.. tertanya dalam hati macam mana ustazah tahu yang selama ini aku tertanya pasal hal cinta monyet ni...huhu dan aku menganngguk tanda faham....)


Jam 2.30 pm

Balik je dari sekolah aku terus jumpa mama.. macam biasa rutin harian kena marah-marah manja tu biasa dah.. dah sapa suruh aku cari pasal....hehehehe

petang tu, lepas aku bancuhkan air teh untuk mama aku terus cerita pada mama apa yang terjadi.... mama tersenyum sahaja.... dan mama berkata sesuatu ilmu yang bermakna dan berharga sama seperti apa yang ustazah nazifah katakan..........dan sehingga kini aku tidak akan lupa....

"(panggilan manjaku)... jika kita menyedari bahawa hati kita sudah jatuh hati pada seseorang, dan jika kita mengetahui bahawa  masanya belum tiba... pendamkanlah rasa itu dan jangan benarkan sesiapa pun tahu termasuk orang yang kita sukai itu.... kerana andai kita meninggal di dalam waktu itu... Insya'Allah kita akan mati dalam keadaan syahid kecil kerana bersabar menahan perasaan cinta yang akan mendatangkan maksiat....." wallahu'alam...

Subahanallah.. besarnya kurniaan Allah swt itu... Dia mengetahui hati hamba-hambanya... dan mengurniakan anugerah sebesar itu pada mereka yang sabar..... dan sesungguhnya kau ibuku telah menjalankan amanah Allah swt dengan sebaik2nya tidak ada kekurangan walau sedikit.. dan jika ada kesilapan diriku sesungguhnya kesilapan itu datang dari kekhilafan diriku sendiri bukan kerna kekurangan didikan mu ibu....

Al fatihah buat arwah mama tercinta....amin...

sementara itu,,,, ku masih teringat akan pesanan mama... jika diantara mama dengan ustazah memanggil kamu dalam masa yang serentak utamakan ustazah dahulu.... aku pelik....kenapa plak mama??? dan mama menjawab, kerana ustazah mengajar agama untuk semua generasi anakku........ tersentuh hatiku... mungkin begitulah naluri hati seorang ibu yang memahami tugas yang sama dalam menyebarkan agama.....

buat ustazah kesayangan.... hanya doa yang mampu kuiringkan agar kau sentiasa dirahmati Allah swt....amin.... terima kasih atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan..... terima kasih ustazah.....=)

No comments:

Post a Comment