Thursday, January 26, 2012

persoalan????

tiba2 tertanya rasa sayu pun ada... knapa bila perempuan yang bertudung buat kesilapan....dicaci n dimaki bukan sahaja memaki si pelaku malah memandang serong pd setiap perempuan yang memakai tudung selalunya ayat biasa yg kita dgr 'pakai tudung xsemestinya baik!!' sedangkan apabila perempuan yang tidak memakai tudung dan melakukan kesilapan dikatakan perkara biasa 'ala biasalah sesuailah dgn dirinya'..... hmmm knapa ye??? bukankah manusia itu semua sama tarafnya di mata Allah swt, adakah kesilapan dan dosa seseorang dilihat berdasarkan luaran sahaja... kalau org tu 'brtutup likup' adakah dia tidak akan melakukan dosa??? manakala kalau org yang tidak menutup aurat boleh melakukan dosa bila2 masa??? jgn kita lupa ada juga gadis yg xbertutup aurat tetapi baik dan sopan... bagaimana pula tu???? sahabat.... sedangkan nabi pun pernah melakukan kesilapan apatah lg kita manusia biasa..... benar pakai tudung xwajib tp tutup aurat tu wajib..... sekurang2nya si pelaku menutup aurat walaupun melakukan kesilapan, mudah-mudahan ats usaha menutup auratnya Allah swt menurunkan hidayah padanya.....fikirkan dan renungkan.... dan fikirlah sebelum berkata2 supaya tidak menimbulkn fitnah....... -copy n paste-  Renungan buat diri n sahabat2.....andai ada yg terasa sy minta maaf, sekadar perkongsian pendapat dr insan brnama sahabat... wallahu'alam.....=)

Wednesday, March 30, 2011

Itukah Cinta MOnyet (MOnkey Love)

Tahun 2002 (aku di tingkatan 2) :

seperti biasa... mama suka minum petang, menunya air teh pekat dengan kuih jemput-jemput.. jadi petang tu aku akan bancuhkan air teh untuk mama....dan kebiasaannya aku akan buat latihan sekolah sambil berborak dengan mama.. dan pada suatu petang.....

aku : ma.....tadi waktu kt sekolah, ustazah ada ckap psal cinta monyet.... ma, cinta monyet tu ape??

mama : cinta monyet?? hmmm alah monyet yang duk gayut kat atas pokok.. pastu diorg bercinta.. tu la cinta monyet!!!!! (mama ketawa)

aku tergamam tengok mama... mama selalunya tak pernah ketawa macam tu.. seronok betul mama hari ni... mungkin mama ketawa sebab nama cinta tu kot.....aku pun ikut ketawa bersama (walau tak tahu apa yang lawaknya).....huhu

seminggu kemudian, aku terdengar lagi perkataan cinta monyet keluar drp mulut seorg kwn sekolah... aku ketawa... mereka pun ketawa.. kmudian terdiam.. mereka tanyakan aku kenapa ketawa.. aku menjawab "mak aku ckp cinta monyet tu.. cinta antara monyet yang duk bergayut kat atas pokok tu..........haish kesian sungguh pd mreka2 yg bercinta diumpamakan sbg monyet.. apela pasalnya....(ketawa)"

kemudian selepas rehat kami masuk ke kelas.... akulah salah seorang pelajar yang paling excited untuk masuk ke kelas pada hari itu sebab aku suka sangat dengan pengajaran ustazah nazifah.. dia suka bercerita dan banyak sangat perkara baru yang diajar....... kelas pada hari tu... topik : sirah nabi.... selepas 10 minit sesi pembelajaran... tiba-tiba aku termengelamun.. tak tahu kenapa perkataan cinta monyet tu terbayang-bayang di dalam kepala..... dan dalam aku tidak sedar ustazah bertanyakan pada aku soalan.... tapi aku berdiam diri tanpa memberi sebarang respon..... Lismawati sahabat karibku menepuk bahuku dan... nik!! nik!! ustazah tanya tu... nik!!!............ haaaaa apa lagi mulalah aku menggelabah membelek segala buku yang ada di atas meja termasuklah buku lismawati... tapi aku tak dapat juga mencari jawapannya.. knapa ya??? baru aku perasan dan terfikir... "macam mana aku nak jawab sedangkan soalan pun aku tak tahu"... aduuiiihh malunyaaaaaa ngan ustazah.............huhuhu ustazah terus cakap... "nik!! jumpa saya lepas abis sekolah..."............ haaa ambik kau nak menjawab apa dengan ustazah!!!!

di bilik guru :
adushhh!! malunya rasa nak masuk bilik guru.. tak tahu nak bagi alasan apa kt ustazah... sedang aku mngendap-ngendap di pintu bilik guru.. ustazah datang dari belakang dan menepuk bahuku... 'haaaa.. nik!! knpa mengendap2 tu masuk la... malu2 plak dia.. haishhh... meh duduk kat sini.....' aku pun dengan malu-malunya duduk la kat kerusi depan partition ustazah....dan dalam keadaan takut2..... 'ustazah.. saya nakkk!!!' tak sempat habis aku cakap.. ustazah trus sambung....'haaa mmg saya nak bagi pun!!!'.......aku tertanya.. 'haaaa.. nak bagi??.. ustazah saya tak berniat pun untuk diamkan diri tadi,,, tapi saya tak perasan ustazah.....emmmm' dan seperti kebiasaannya belum sempat lagi aku cakap ustazah terus sambung... 'apa yang awk tak berniatnya.. ni saya nak bagi surah untuk awak hafal.. nah!!! catat apa yang saya cakap ni.. okey!! hafal surah Al-Mulk.... nanti awk kena masuk pertandingan hafazan!!!... terpinga-pinga aku memandang wajah ustazah.... "taaa... piiii... us.. ssa...yaa..." muka aku merah tak terkira.. dengan cat nippon paint pun kalah....ustazah tak tahu plak aku ni fobia dengan pertandingan sejak kalah nasyid waktu tingkatan satu....huhuhu..... "okey nik!! saya kena pergi mesyuarat ni nanti jangan lupa hafal surah tu ya....."

hari itu aku balik ke rumah dengan wajah tak berapa nak ceria.. macam biasa mama akan sentiasa bersama dengan senduknya.. walaupun menu yang sama sahaja iaitu 'ikan singgang' tapi tetap sedap... mungkin sebab air tangan ibu kot!!..... dan soalan yang selalu trkeluar dari mulutku setelah balik sekolah dan sentiasa akan membuatkan mama hangin dengan aku adalah.. 'aikk awal ma balik hari ni??" walaupun padahal aku tahu setiap hari mama habis mengajar jam 11 pagi.... dan seperti biasa mama akan membalas "(versi kelantan) aku kookk nge senduk ni ke, gi mandi-mandi semaye nuh dokkkk!!!" dan aku plak saja bertanya lagi... "ehh da masuk waktu ke ma??" dan mama menjawab..."ni buke nok masuk doh... ni nok tubek doh anokk weiiii.......then (leteran yg panjang).......hehehehe.. tapi aku suka dengar dan aku rindukan leteran itu...

petang tu sebelum minum petang mama akan bercakap dengan pokok-pokok yang ditanamnya.. aku respect dengan mama sbb walaupun rumah kami rumah flat @ apartment tapi mama boleh tanam pokok bunga dalam rumah termasuklah dalam bilik aku....banyak juga pokok-pokok yang mama tanam... sampai atas meja study aku pun ada..huhu mama kata bagus untuk menghirup udara yang segar dan tenang untuk belajar..... yang peliknya pokok-pokok tu tumbuh dengan segar..... semua jenis pokok ada... pernah juga aku bertanya, kenapa mama suka bercakap dengan pokok....kemudian mama menjawab pokok ni hidup dan ianya mungkin faham apa yang kita cakap... kalau manusia pun kita kena pujuk dan bercakap baik-baik samalah dengan pokok, kita perlu belai dan bercakap dengannya...huhu ohh begitu!!!! dan aku biasalah akan jadi lebih blure la....huhu xpe la.. tinggalkan kisah pokok itu....

petang tu aku tak buat latihan tapi aku landing kat atas peha mama dan ceritakan apa yang berlaku di sekolah waktu sesi pembelajaran ustazah nazifah... dan apa yang terjadi di bilik guru lepas sekolah... kemudian mama bertanya.... "macam mana bole jadi macam tu.. ma tak suka anak ma main-main time belajar.....(dan disambung dengan leteran)" hmmmm kan padan muka aku kena bebel lagi,..heheheee aku pun bertanya mama... "ma, (panggilan manjaku) masih confius lagi la... perkataan cinta monyet tu.... macam mana monyet boleh bercinta plakk???... dah seminggu (panggilan manjaku) fikir pasal perkataan tu...................." ..Mama dengan tenang menjawab... 
"(panggilan manjaku), ma nak tanya, masuk periksa tak soalan tu??"  aku menjawab  "...emmm rasanya tak masuk..." 

dan mama menjawab lagi "sesungguhnya orang yang bodoh itu adalah orang yang membincangkan sesuatu yang tidak penting, maka sesungguhnya orang yang bijak adalah orang yang membincangkan mengenai masa depan dan idea yang lebih berguna pada kehidupan...... dan jika seseorang itu terlibat dalam cinta kemungkinan besar sukar untuk dia menghafal Al-Qur'an...." sambil tersenyum memandang wajahku.....

hehehe tahniah diucapkan.... aku pun masuk ke bilik dan keluar membawa Al-Qur'an dan terus membacanya depan mama......

----------------------------------------

Aku tak faham, kenapa kawan-kawan sekeliling sibuk bercerita tentang cinta..... hari yang sama,, hari rabu merupakan hari kegemaran ku pada tahun itu (tingkatan dua).... sebabnya ustazah Nazifah akan mengajar... dan hari tu dengan kuasa Allah swt terhapus segala persoalan dalam fikiranku mengenai cinta monyet....  Dan topik pada hari itu adalah mengenai adab, dan ustazah selitkan kisah cinta yang melekakan antara remaja  yang akhirnya membawa ke lembah penzinaan.... dan ustazah memberi penerangan mengenai gejala cinta yang merosakkan akhlak segelintir remaja sekolah menengah... kemudian.....

ustazah nazifah : sebenarnya, kamu boleh bercinta... tapi kamu kena yakin dan pastikan yang kamu sudah bercinta dengan Allah swt terlebih dahulu... macam mana cara kamu bercinta dengan Allah swt???? 

kelas : solat ustazah....

ustazah nazifah : pandai!!! cukup solat tak????

kelas : smua tunduk diammm!!!

ustzah nazifah : cukup iman x???

kelas : (diammm...)

ustazah nazifah : jika kamu cukup smua tu ustazah gerenti kamu akan nikmati cinta yang lebih indah.... smua kena ingat.... sekarang bukan masanya lagi untuk kamu bercinta sesama manusia tetapi sebenarnya pada umur kamu sekarang ni, kamu sudah boleh berdoa pada Allah swt agar dikurniakan jodoh yang soleh dan solehah..... nikk!! kamu faham????

aku : ( memandang ustazah.. muka merah padam.. tertanya dalam hati macam mana ustazah tahu yang selama ini aku tertanya pasal hal cinta monyet ni...huhu dan aku menganngguk tanda faham....)


Jam 2.30 pm

Balik je dari sekolah aku terus jumpa mama.. macam biasa rutin harian kena marah-marah manja tu biasa dah.. dah sapa suruh aku cari pasal....hehehehe

petang tu, lepas aku bancuhkan air teh untuk mama aku terus cerita pada mama apa yang terjadi.... mama tersenyum sahaja.... dan mama berkata sesuatu ilmu yang bermakna dan berharga sama seperti apa yang ustazah nazifah katakan..........dan sehingga kini aku tidak akan lupa....

"(panggilan manjaku)... jika kita menyedari bahawa hati kita sudah jatuh hati pada seseorang, dan jika kita mengetahui bahawa  masanya belum tiba... pendamkanlah rasa itu dan jangan benarkan sesiapa pun tahu termasuk orang yang kita sukai itu.... kerana andai kita meninggal di dalam waktu itu... Insya'Allah kita akan mati dalam keadaan syahid kecil kerana bersabar menahan perasaan cinta yang akan mendatangkan maksiat....." wallahu'alam...

Subahanallah.. besarnya kurniaan Allah swt itu... Dia mengetahui hati hamba-hambanya... dan mengurniakan anugerah sebesar itu pada mereka yang sabar..... dan sesungguhnya kau ibuku telah menjalankan amanah Allah swt dengan sebaik2nya tidak ada kekurangan walau sedikit.. dan jika ada kesilapan diriku sesungguhnya kesilapan itu datang dari kekhilafan diriku sendiri bukan kerna kekurangan didikan mu ibu....

Al fatihah buat arwah mama tercinta....amin...

sementara itu,,,, ku masih teringat akan pesanan mama... jika diantara mama dengan ustazah memanggil kamu dalam masa yang serentak utamakan ustazah dahulu.... aku pelik....kenapa plak mama??? dan mama menjawab, kerana ustazah mengajar agama untuk semua generasi anakku........ tersentuh hatiku... mungkin begitulah naluri hati seorang ibu yang memahami tugas yang sama dalam menyebarkan agama.....

buat ustazah kesayangan.... hanya doa yang mampu kuiringkan agar kau sentiasa dirahmati Allah swt....amin.... terima kasih atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan..... terima kasih ustazah.....=)

Friday, February 18, 2011

Permata Yang Dicari II...

mungkinkah berganti????? aku bertanya sendiri sedang air mata tidak dapat dihalang lagi.................. berita itu meluluhkan sekeping hati yang mengharapkan kebahagiaan.... Ya Allah,,, tabahkan hatiku dengan ketentuanMu.. 'assalamua'laikum wahai sahabat, maaf mengganggu, sy harap awk tabah menrimanya... dia dah tinggalkan kita... Allah swt lebih sygkan dia.. kita sama2 doakan agar rohnya ditempatkan bersama org2 mukmin....' terkaku tangan tak mampu membalas sebarang patah perkataan pun... malam itu.. air mata menemani tidurku...astaghfirullah... tabahkan hatiku Ya Allah.....



--------------------------------------

'sy harap awk sudi terima sy sbg kawan'.....msj olehnya mendebarkan hati yang tidak tahu apa puncanya... dalam seloroh ku membalas pesanan itu 'alhamdulillah ade juga nk brkawan dgn sy.....hehe'.. dia menyambut jawapan itu dengan ucapan terima kasih bersama emoticon senyum yang meleraikan segala debaran hati...... setelah hampir sebulan.. dia ku kenali sebagai sahabat yang baik... sentiasa memberi teguran serta nasihat..... walaupun dia tidak se'alim mana tetapi batasan persahabatan tetap dijaga.... tidak pernah dia keluarkan perkataan sayang atau rindu walaupun hanya sekadar gurauan... kerana kata itu membawa makna yang besar bukan sekadar ungkapan kata semata-mata...........

----------------------------------------

inilah pertama kali ku mempunyai sahabat lelaki yang boleh disifatkan sebagai tidak ada 'taman' dalam hati... dan gurauannya juga mempunyai seribu makna... bkn sekadar gurauan biasa............ tetapi setiap bait katanya membuatkan ku tertanya dan......tanpa ku sedari dia melamarku dalam sindiran hampir setiap hari..... disebabkan diri kurang memahami... akhirnya ku beranikan diri bertanya apakah makna di sebalik sindiran itu..................... dan pada hari bersejarah itu dia luahkan hasratnya.......... 
( kesinambungan kisah Permata Hati yg Dicari ; 3 januari 2011)

-------------------------------------

setelah sebulan berlalu..... ku terima pesanan itu dari sahabat karib arwah, dan dia menceritakan apa yang telah ditemui... di dalam diarinya tertulis isi hatinya terhadapku... terfikir ku sejenak.. adakah aku akan  ketemu insan yang setulus ini... menjaga segala syariat yang ditetapkan Ilahi... walau jarak yang jauh memisahkan kami namun tanpa rasa ragu mempercayaiku sebagai 'permata' dihatinya..............  


unic : hanya tuhan yang tahu

Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang

Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih

Ku pasrah akan ketentuan ilahi........... tidak ada apa yang boleh ku berikan lagi selain doa sebagai hadiah buatnya di sana....... alhamdulilah syukur pada Allah swt atas kesempatan dan waktu yang berharga kerana mengenali insan itu..... wahai sahabat..... sampai disini waktu yang diperuntukkan buat kita.... kini kau pergi menyahut seruan Ilahi... inilah ketentuan Ilahi..... ku redha atas segalanya... sesungguhnya Allah swt lebih menyayangimu.....akan sentiasa ku iringkan doa padaMu.. semoga roh mu dicucuri Allah swt.....amin.....

kerana Allah swt kita bertemu
indahnya batas perhubungan yang dijaga olehmu
kerana syariat Allah swt 
kau pendamkan isi hati itu

Sampai masa itu
ajal menjemputmu
dan aku pula menanti sesuatu 
yang sudah pasti bukan milikku

kini ku sedar kekhilafan diri 
yang sepatutnya menyedari 
bahawa kau, aku dan seluruh manusia 
adalah milik Ilahi....

terima kasih sahabat
atas kasih yang diberi
semoga Allah swt merahmatimu...
doaku sentiasa mengiringimu.....
amin....


sebagai perkongsian bersama sahabat2.....



Kenapa ujian seberat ini?????

Al-Qur'an jawab : "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
(Surah Al-Baqarah : 286)



Kenapa aku diuji???

Al-Qur'an jawab : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan, "kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah S.W.T mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta".
(Surah Al-Ankabut : 2 - 3)



Bagaimanakah harus aku menghadapinya????

Al-Qur'an jawab : " Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk".
( Surah Al-Baqarah : 45)



Sampai bilakah aku akan merana begini???

Al-Qur'an jawab : "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".
(Surah Al-Insyirah : 5 - 6)




"dan sampaikanlah khabar gembira kpd orang2 yg beriman & brbuat kebajikan, bhw utk mrk (disediakn) syurga2 yg mengalir dbwahnya sungai2. Setiap kali mrk diberi rezeki buah-buahan dr syurga, mrk brkata "Inilah rezeki yg diberikn kpd kami dahulu." Mereka diberi (buah2an) yg serupa & disana mrk (memperoleh) pasangan yg suci, mrk kekal didalamnya." 

( Al-Baqarah : 25 )



wallahu'alam...........sekadar perkongsian bersama, semoga kita dirahmati Ilahi.....amin... syukran kerana sudi membaca....assalamu'alaikum....


Wednesday, January 19, 2011

Full House Story

"akak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!letak la baju tu balik....xcantik...xmo sama... xmo sama....." Jerit zai.....sambil mata memandang ke arah baju yang dipegang oleh kak aida...... "apanya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! bising tul... dia yg tiru orang!!!!!!" balas kak aida..............dan keadaan berterusan dengan jeritan yang agak ngengada oleh kedua2 pihak......dan tiba2 kedengaran suara jeritan dari luar bilik.....  (sambil cekak pinggang) sudahhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!..(dan nada suaranye berubah kepada nada suara yang sgt lembut) jom kita pegi,, da lewat da ni.....' hmm itulah kak ili yang akan menapak dibilik kami apabila dia merasakan kesunyian...hehe...=) 

begitula antara situasi yang terjadi dalam rumah kami.... aida, najwa, ila, ili, zai dan jee serta jue walaupun dia dah duk kat luar.......mereka2 itulah ahli2 rumah yang riuh di KAB... riuh stakat dengar kat bilik sebelah jewk!!! hehe... tapi keadaan di atas bukannya selalu... berlaku pun apabila nak keluar sama2 je... dan malam tadi hari paling bersejarah bagi ahli rumah kami sebab pertama kali dapat berkumpul keenam2 ahli rumah bersama ahli yang agak baru la jugak iaitu 'jee' yang menggantikan tempat 'jue' macam janji2 plak nama diorg ni....hehe 

Tempat yang kami tuju utk destinasi bajet kali ini adalah pizza hut, tg malim... walaupun servisnya agak lambat xpe la kami terima dengan redha terutama sayalah yang menahan perut sebab berpuasa...(sekian terima kasih)...=) itupun sebab waiter2nye cute miut belaka.. smuanya muka macam baru lepas SPM....tiba-tiba....

----------------------------------

"akak,,,zai penat la kak!!! rase cam besar pulak mid valley ni!!!"...kak aida cuma tersenyum,,, sementara jue plak "akak cantik la baju ni...jom la masuk tengok!!! kau ni zai.. jalan sikit je penat....da la xmo bawak jejalan pasni....tinggal kat umah!!!"....(sambil menjeling zai membalas).. "eleh!! da memang aku gini nak wat cane!! wekkkk"...kakkk!!! jom kita g cri makanan..." begitula sikap ngengada zai yang sungguh mengada2 (pergh kutuk diri sdr) tapi honestly memang sy cepat semput...huhu....

--------------------------
                                                        
'zai.....zai........cepat la bg idea nk mkn ape ni??....aish asyik mengelamun je budak ni....'sentap kak aida.. hmm dgn blure2 sy jawab "tak kisah la kak, zai mkn je..." ------ "hmmm, da taw da jawapan tu"...balas kak aida, aku biarkan je apa yang berlaku di situ sedang aku terfikir sjenak,,,(sambil tersenyum) tak sangka plak boleh termengelamun teringat kat minah tu (jue la tu)..padahal kami tak la 'ngam' sangat.. mungkin sebab kami sama2 anak bongsu kot!! sama2 manja.. apa2 pun sebenarnya... memang hati ni rindu kat jue... sebab da lama tak jumpa dia... tiba2 terfikir kalau la jue ade mesti lagi seronok kan..... kalau diimbas kenangan waktu sem 1 hingga sem 3 kan seronok... kami keluar bersama (smua ahli rumah)... join raya KAB sama2..... n hang out kat KL before raya sama2..........=) miss u so much jue........



betullah kata orang, tak kenal maka tak cinta..bila da kenal ha,, tak leh nak pisah... duduk serumah setiap sem.....=) tak sangka dah genap 2 tahun kami jadi housemate... suka duka silih berganti.. ikatan kasih sayang tetap terjalin padu buat selamanya...dan to my lovely rumate (kak aida) yang sangat memahami saya..."walau ku keluar pagi balik pun pagi.. ye lah busy sejak ade komitmen pd kolej....tapi kau tetap rumateku yg tersayang" hehehee....walau kadang2 zai taw akak majuk sbb zai blik lewat coz ade program2 kolej dan selalu ade meeting,,, tapi akak buat muka sebel je... terima seadanya... dan terima kasih atas sokongan akak... love u so much...............

 Ni gambar sem 3...
 hang out kt KL..

tettttttttttttttttttt!!!!!!! stopp... back to reality!!!

haaa!!! berbalik kepada cerita pizza tadi.. habis je kami makan dan santap... bak kata pepatah 'gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka ati'.... begitu lah kami ketika habis selesai membaham kepingan pizza itu... kami pun ingin pulanglah ke kediaman kolej aminuddin baki tersayang.. sebelum tu, kami ingat nak bayar cash...tapi bila tengok offer kat pizza tu kalau makan lebih dari rm50 boleh bayar guna kad maybank dan yang paling best kalau guna kad maybank dapat diskaun 30%.....

waaahh!!! semua dengan muka heppy.... turun ke kaunter pembayaran dan mengharapkan diskaun 30% itu dengan menggunakan kad maybank kak ili....... "tut..tut.... please remove your card"..... perghh!!! casher tu pandang kami dan apa lagi kami pun pandang la casher tu......dengan muka selamba casher tu memberitahu kepada kami bahawa " kak.... sorila, kad maybank ni xditerima oleh mesin..." sekian terima kasih... kak ili meluahkan rasa tak puas hati.. "aik nape plak!! ari tu mak sy guna ok je"...... casher tu pun balas " kak,, yang tu sy tak pasti cuma yang pasti mesin ni suh remove card akak..."....totttttttttttttt!!! sekian terima kasih...opsss tak abis lagi.... kami pun buat perbincangan.. memandangkan kak aida pun ade kad maybank cuma problemnye ade hanya rm50 je kat lam bank tu.... hmm wink2*** sy pun dengan muka selambe bertanya kat casher tu..."dik,,emmm,,,bole tak bayar separuh2.... i mean(speaking kot!!) bayar guna kad n byar guna cash"...tetttttttt!!! terdiam smua....blure2 smua yang ade kat situ.... casher tu pun jawab " maaf kak, xde servis camtu...." sekian terima kasih (blushing muka i...hehe) eleh saje jewk nak test mane taw ade servis camtu.....wahhh ayat cover baik punya....wink2**

dengan segala hormatnya... melayanglah duit kami seperti yang tercatat dalam resit.... dan punah lah harapan kami tuk mendapatkan 30% itu... tapi nasib baik jugak.. sebab kami makan share2 so masing2 bayar tak sampai rm20 la.... itulah kelebihan share ramai2 ni... btw 'sharing is caring'.... dan kami pulang ke rumah dengan hati yang gembira walaupun melepas 30% tu tetapi kami tak terlepas masa bersama ahli rumah.. yang merupakan 'one of the best moment in our relationship' that's why tajuk ni 'full house story' coz byk sgt kisah2 atr kami bertujuh...tujuh termasuk 'jue' krna pd kami walau dia xbersama kami skrang tapi dia tetap dalam hati kami...
(pergh ayat terharu......wekkk!!! jue...... we all miss u so much....=).....

begitulah kisah kami full house story.... tu bru siri ke-10......hehehe okey... ape2 pun ukhwah fillah ya sohibah.......syg kamu selamanya....=)






gambar di sebelah ini di snap waktu sem 1... sebelum dgr cramah time minggu orientasi.... gituwww.....=)




              
             


             gambar di sebelah sana tu plak... time sem 2
             masa program raya KAB 2009....







                                                                                  


ni pun sama mcam gambar atas... snap de pict before ceramah akhir malam orientasi... sem 1... muka suci je smua....hehehee                
                                  
                                         



 gambar2 di atas adalah koleksi zaman2 sem 1........




  Last but not least... dis is our latest pic... time mkn kat pizza hut.... 
semoga ukhwah ini terjalin padu... dunia akhirat......=)
Trima kasih dan syukur pd Allah swt krn menemukan kami bertujuh melalui UPSI
yg merupakan universiti trbest di hati kami...
dan KAB atr kolej yg mempunyai penghuni yg sgt harmoni n brtolak ansur.....
sekian,,, wallahualam....                      
                                     

Sunday, January 16, 2011

SAHABAT SEJATI

Mempunyai sahabat sejatI lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan tetapi perkara itulah yang membuatkan persahabatan mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan proses yang panjang seperti besi yang ditajamkan oleh besi... demikian jugalah sahabat mempertahankan persahabatannya.

Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur, disakiti, diperhati, dikecewai, didengari, diabaikan, dibantu, ditolak..... namun semua itu tidak pernah dilakukan secara sengaja atau bertujuan membenci...

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan justeru kerana kasihnya.. dia memberanikan diri menegur apa adanya.

Sahabat tidak membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan baik untuk sahabat berubah ke arah kebaikan.

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan... dan bukan hanya pada saat kita memerlukan bantuan dan motivasi serta semangat barulah kita mencari perhatian, pertolongan, dan pernyataan kasih dari orang lain. Seharusnya dan  sebenarnya sikap prihatin dan berinisiatif untuk memberikan dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya yang seharusnya menjadi timbal balas dalam persahabatan yang sejati ( give n take) yang mana masing-masing tidak hanya menanti utk dihargai tetapi harus menghargai sesama sahabat.... *biar diri kita tidak dihargai dan dilupai asalkan diri kita ingat utk mengargai dan tidak melupai orang lain kerana sesungguhnya Allah swt memberkati hambanya yang menjaga hubungan sesama manusia yang lain.....*

Kerinduannya adalah menjadi bagian dari kehidupan sahabatnya kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap EGOISTIK.

Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan sejati yang mana bisa mengatasi cubaan itu bahkan tali yang diikat tersimpul padu.....

Cuba kita imbas bersama ketika saat terakhir kali kita berada dalam kesusahan.... 

Siapa yang berada di samping kita?? 
siapa yang berada disamping kita ketika saat kita merasa tidak dicintai??
siapa yang ingin bersama kita ketika saat kita tidak dapat memberikan apa-apa???

merekalah... keluarga kita... merekalah sahabat sejati kita.. merekalah saudara kita......

hargailah dan jagailah selalu ikatan persahabatan kita dengan sahabat2 kita....

* DALAM MASA KEJAYAAN, TEMAN-TEMAN MENGENAL KITA.... DALAM MASA KESUSAHAN, KITA MENGENAL TEMAN-TEMAN KITA......

p/s : idea asal from Renungan Harian Kita.

Sahabat2 JMK KAB sesi 10/11
ketatkanlah ikatan... bajailah ukhwah...hargailah persahabatan....
ukhwah sejati... ikatan abadi...
insya'Allah



sahabat....
janganlah dikau berjalan dihadapanku,kerana pasti ku tidak akan mengikutimu.....

sahabat.....
janganlah dikau berjalan dibelakangku,
kerana pasti ku akan meninggalkanmu....

tetapi sahabat...
berjalanlah disisiku....
kerana pasti ukwah itu akan padu...
kerana seiring selalu....=)

insya'Allah.... wallahualam...




my lovely housemate (KAB my heart)

Monday, January 3, 2011

Permata Yang Dicari

Kau datang dengan hati yang suci, walau pada mulanya ku ragui namun kau tetap pertahankan niat itu. Setelah sampai masanya kau lafazkan niat suci itu. Lantas diri terdiam tunduk sujud pada Ilahi mohon petunjuk yang benar. Hati mengatakan 'ya' tapi diri masih menafikanya kerana takut akan kecewa. Tiba-tiba ku dengar kalam madah bermakna dengan alunan yang lembut,

hadirnya tanpa ku sedari 
menggamit kasih cinta bersemi 
hadir cinta insan padaku ini 
anugerah kurniaan Ilahi.....

Ya Allah jika dia benar untukku,
dekatkanlah dengan hatiku,
jika dia bukan milikku,
tabahkanlah hatiku dengan ketentuanMu......


tika masa itu sampai.... ku berikan jawapan padamu... keriangan dalm hatimu diluahkan dengan kalimah 'Alhamdulillah'...namun sesungguhnya Allah swt mengetahui segalanya...tika saat keluarga ku menanti kehadiranmu.. kau menyepi tanpa berita..... Ya Allah apakah lagi ujianMu ini???

tika itu, sedih menyelubungi diri... tak ku sangka kau tidak menepati janji yang dicipta olehmu sendiri.... pelbagai perkara tak baik mengenaimu terlintas di fikiran.... namun ku tertanya mengapa hanya di fikiran???? sedang dihati tidak mengatakan sedemikian dan masih mengharapkan jawapan......

Lantas ku tunduk kebumi.. tanpa ku sedar air mata mengalir dipipi.."tidak!!! aku xboleh begini!!! aku harus kuat!! biarkanlah... aku redha ketentuan-Nya... pasti ade hikmah disebalik semua ini..." ku pujuk diri, kuatkan hati..... tapi entah mengapa hati aku masih menanti jawapannya....dan hati ini masih mengatakan pasti ada jawapan dan bukan seperti yang aku fikirkan......

------------------------------------------

setelah hampir dua bulan...... hatiku masih tidak dapat lupakannya..... keluarga masih bertanya bagaimana keadaanya..... namun aku menyepi seribu bahasa tanpa jawapan..... dan hati.... tetap memohon petunjuk Ilahi agar diri tak salah membuat andaian.....

Allah swt itu maha kuasa.... satu perkara yang tak pernah ku jangka terjadi.... dan ku dapat menghubungi sahabat karibnya..... dan Masya'Allah................andaianku selama ini salah.........kadang kata hati betul...Subahanallah itulah kuasa Allah swt...petunjuk dariNya menghentikan segala andaian yang diwujudkan dalam fikiran....

"dia pergi dan menyepi kerana penyakit kronik yang dihadapi selama ini... skrang dia kritikal!! sebab dia dermakan buah pinggang dia kat adik dia....adik dia disahkan sakit buah pinggang yang kronik 2 bulan lepas.........sy mohon awk maafkan lah dia, dia tidak berniat utk memungkiri janji malah dia mendiamkan smua itu utk tidak membiarkan awk tangisi ketentuan ini...." kalimah penuh syahdu yang diucap oleh sahabatnya... membuatkan ku tertanya....."kenapa dia xcerita kat sy??"...... dan jawapannya "setiap orang punya cara sendiri dalam menyelesaikan masalah....mungkin caranya begitu...tp dia bagitau sy dengan tulus ikhlas yang awklah 'permata yang dicari' smua janji yang dia buat dlu adalah benar...dia tulus.. namun inilah tanda kebesaran Allah swt... kita merancang, tuhan menentukan segalanya...... tabahkan hatimu wahai annisa'........" nau'zubillah............air mata tak tertahan lagi... ku biarkan ia membasahi pipi..... ku redha ketentuan Ilahi... mohon agar dia memaafkan diri ini... dan doaku sentiasa mengiringi mu selalu wahai teman sejati.....semoga Allah swt sentiasa merahmatimu..... amin

dialah permata yang dicari...
selama ini baru ku temui....
namun ku tak pasti rencana Ilahi...
apakah dia kan ku miliki....
Ya Allah engkaulah tempat ku bergantung,
harapanku... ku harap diriku sentiasa dibawah rahmatmu....

Sesngguhnya 'cinta' itu fitrah manusia, namun begitu tak semua yang kita rancang akan sama dengan ketentuan Ilahi... " Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". (Surah Al-Baqarah : 216).... 

Redhalah dengan ketentuan Ilahi kerana Dia sahaja mengetahu akan segalanya.. dan mohonlah petunjuk yang benar darinya....jangan dibiarkan diri dalam kekecewaan yang sesungguhnya hanya sementara sahaja yang mana akan membawa kita jatuh dan membuatkan kita kufur nikmat yang Allah swt kurniakan selama ini.... "Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman". ( Surah Ali Imran : 139)......

sesungguhnya Allah swt mengetahui kemampuan hamba-hambanya.. seperti mana yang tercatit dalam Al-Qur'an yang  bermaksud : "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya". (Surah Al-Baqarah : 286)........


dan tabahkanlah hati mu mengahadapi ujian Allah swt walau sebesar mana ujian itu kerana......

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan, "kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah S.W.T mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta".
(Surah Al-Ankabut : 2 - 3)

"dan sampaikanlah khabar gembira kpd orang2 yg beriman & brbuat kebajikan, bhw utk mrk (disediakn) syurga2 yg mengalir dbwahnya sungai2. Setiap kali mrk diberi rezeki buah-buahan dr syurga, mrk brkata "Inilah rezeki yg diberikn kpd kami dahulu." Mereka diberi (buah2an) yg serupa & disana mrk (memperoleh) pasangan yg suci, mrk kekal didalamnya." 

( Al-Baqarah : 25 )

wallahu'alam...........sama2 kita bermuhasabah diri agar diberi petunjuk Ilahi yang sebenar.....amin... syukran kerana sudi membaca....assalamu'alaikum....










Wednesday, December 29, 2010

Jawapan Al-Quran

satu hari ku trbaca di suatu sudut dinding.....
sehelai kertas putih berisi ilmu Allah swt....
namun malangnya hampir buruk dan lusuh tnpa dilihat orang kerana tmpat yg agak trsembunyi.....
Subahanallah.... bila ku baca besarnya Ilmu Allah ini....
semoga Allah swt memberkati insan yang menampal kertas putih itu......
maka ku cakna isi ilmu Allah swt ini dan berkongsi bersama kalian sbg renungan....itupun setelah ditimbal semula dgn kefahaman dan dibandingkan semula dgn persamaan Al-Qur'an dan alhamdulillah......
semoga kita mendapat barakah..... insya'Allah amin.............
jika ade kesalahan silalah beri teguran.....=)
sama2 kita berkongsi ilmu Allah swt.....

Kita selalu bertanya, maka Al-Qur'an menjawab...

1. Kenapa aku diuji???

Al-Qur'an jawab : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan, "kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah S.W.T mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta".
(Surah Al-Ankabut : 2 - 3)


2. Kenapa aku tidak dapat apa yang aku ingin-inginkan???

Al-Qur'an jawab : " Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
(Surah Al-Baqarah : 216)


3. Kenapa ujian seberat ini?????

Al-Qur'an jawab : "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
(Surah Al-Baqarah : 286)


4. Kenapa aku rasa kecewa????

Al-Qur'an jawab : "Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman".
( Surah Ali Imran : 139)


5. Bagaimanakah harus aku menghadapinya????

Al-Qur'an jawab : " Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk".
( Surah Al-Baqarah : 45)


6. Kepada siapakah harus aku berharap???

Al-Qur'an jawab: "Cukuplah Allah bagiku tiada tuhan selain daripada-Nya, Hanya kepada-Nya aku bertawakal".
( Surah At-Taubah : 129)


7. Apa yang aku dapat daripada ujian ini???

Al-Qur'an jawab : "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka".
( Surah At-Taubah : 111)

8. Aku sedih!!!

Al-Qur'an jawab : " Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)"
(Surah Ali Imran : 140)

9. Aku tak tahan!!!!

Al-Qur'an jawab : ".......dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kamu yang kafir".
( Surah Yusuf : 12)

10. Sampai bilakah aku akan merana begini???

Al-Qur'an jawab : "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".
(Surah Al-Insyirah : 5 - 6)


Sabda Rasulullah saw "Saya sungguh telah meninggalkan sesuatu kepadamu yang apabila hal itu kau pegang teguh kamu tidak akan sesat selamanya, iaitu kitab Allah dan sunnah RasulNya" (AlHakim)

Sesungguhnya Allah swt telah memberikan penyelesaian kepada setiap masalah, penawar kepada setiap penyakit...semoga kita mengambil iktibar dan pengajaran dri ayat-ayat  tersebut dan sebagai panduan utk kita dalam mengharungi ombak dalam layar kehidupan kita sbg hamba Allah S.W.T..... renung2kan dan selamat beramal.....wallahua'lam.......